Pemula kata
Tanggal 14 Ogos, kami sekeluarga berkelana memulakan hidup yang baharu di Negeri Dibawah Bayu, Sabah. Berita isteri bakal memangku tugas dan kenaikan pangkat diterima tanggal 19 Julai 2022, dan semuanya agak kelam kabut.
Tarikh asal lapor diri adalah 5 Ogos 2022. Ya, tak sampai 3 minggu dari tarikh menerima arahan pertukaran. Paling kelam kabut nak packing barang sebab memikirkan barang apa yang perlu saja kami akan bungkus untuk dibawa bersama dan barang apa yang dibungkus untuk dibawa dengan kapal laut.
Tanggal 5 Ogos tiba, isteri pergi melapor diri di JPA Putrajaya, sign off dengan KBS kerana kini bertukar ke JTM. Masalah bermula disini; KBS dan JTM masih2 tak nak tanggung kos mover yang akan pindahkan barang2 kami yang kami pilih untuk dihantar kemudian. Disebabkan masih ada beberapa isu, wife ambil keputusan minta tangguh untuk seminggu sebelum lapor diri di tempat baharu.
Dalam seminggu tu juga pening kepala, penat, serabut, kelam kabut nak menguruskan perkara yang memang sangat singkat nak diselesaikan. Isu bayaran siapa yang perlu tanggung masih dijadikan sepak bola antara JTM dan KBS. Makanya 3 hari sebelum hari berlepas, wife ambil keputusan untuk kembali ke Putrajaya atas cadangan pengarah IKBN semasa itu untuk membuat cadangan sekiranya tiada bajet untuk bayaran mover, JTM pindahkan saja ke mana2 pusat latihan di semenanjung sementara menunggu duit untuk pindah itu ada. Pung pang pung pang mengadap pegawai di JTM, akhir kata pihak KBS yang sepatutnya menanggung kos untuk mover kami. Selesai. Kononnya lahhhh.
Hari Jumaat, baru tiket kapal terbang kami selesai. Total hampir 1.3k. Mujur guna waran. Jumaat 12 ogos, nak fly ahad 14 ogos, dan barang masih belum habis packing gais 😂.
Banyak barang2 rumah kami let go dengan sedekah je kepada jiran2 kuarters. Banyak juga barang2 kesayangan terpaksa buang, tapi tu la kan, bila kita sedekah barang tu, memang hati perlu niat betul2 hanya dapat balasan Allah, sebab yang ambil banyak barang2 free kami tu takde pun nak hulur sekeping 2 kat kami, haha.
Bersambung...


Comments
Post a Comment